STOP STIGMA
Bila sebut tentang sakit mental, anda mungkin akan terbayangkan
seorang lelaki berbadan kurus, kusut masai, berambut panjang
tidak bersikat. Baju yang dipakai pula berbau dan koyak rabak.
Ini adalah STIGMA anda. Sedarkah anda penyakit mental terdiri
dari pelbagai kategori dan pesakit mental juga dari pelbagai lapisan
masyarakat.
Apa itu penyakit mental
- Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
- Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental.
- Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.
✱Sumber Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia
Klik Di Sini untuk membaca lanjut mengenai Penyakit Mental
Comments
Post a Comment