SKOP SOKONGAN PEKERJAAN

Assalamualaikum..Salam Sejahtera...

Saya ingin teruskan lagi informasi mengenai Sokongan Pekerjaan atau Supporter Employment (SE). Apa yang dapat dikongsikan bersama anda untuk memberikangambaran lebih jelas terhadap program yang dilakukan bersama dengan peserta.
         Program Sokongan Pekerjaan adalah sebuah program di bawah Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Aktiviti ini berkonsepkan "Place & Train" di mana pesakit kami akan ditempatkan dalam situasi kerja yang sebenar dan akan menjalani latihan sepanjang tempoh bekerja sebenar.         
 Latihan akan diberikan oleh pihak majikan atau Pegawai Pemulihan Carakerja yang ditugaskan untuk menyelia pesakit tersebut.
     

šŸ” SKOP SE


  • Bantuan berkenaan dengan pekerjaan yang menyeluruh kepada pesakit psikiatri yang dirujuk.



  • Sokongan pekerjaan berterusan.



  • Pendidikan kesihatan dan psikososial untuk semua pesakit dan majikan.



  • Kemudahan untuk menjalankan latihan dan penyelidikan.




✱kredit :Psych Rehab new Activities Guideline writing team  Hospital Permai

Comments

Popular Posts