KARAN OTAK

Apa Benda Karan Otak Ni?

Electroconvulsive therapy (ECT) atau 'karan otak' adalah antara rawatan  yang penting dalam psikiatri. Adalah tidak lengkap jika Jabatan Psikiatri tidak mempunyai rawatan ini. 

ECT adalah ELECTRO- ( electrik) dan CONVULSIVE - (convulsion-sawan). 
Adalah rawatan memberikan memberikan dos kecil elektrik ke bahagian kulit kepala untuk menghasilkan sawan.








 Masalah Apa Yang Dirawat Dengan ECT ?

Rawatan ECT biasanya diberikan untuk masalah mental yang teruk seperti
1. Pesakit Bipolar yang teruk
2. Pesakit Skizofrenia yang agresif
3. Pesakit depression yang tidak makan berhari-hari.

Ia juga boleh digunakan untuk masalah catatonic stupor, iaitu keadaan di mana pesakit tidak bergerak, tidak makan dan minum seolah-olah pengsan.

Catatonia boleh berlaku pada pesakit bipolar, depression dan skizofrenia.
Catatonia juga boleh berlaku dalam jangkitan otak seperti encephalitis.
Selain dari masalah mental, ECT juga boleh digunakan dalam rawatan penyakit fizikal seperti epilepsi ( jika sawan sukar dikawal dengan ubat ) dan juga penyakit parkinson.

Bagaimana Proses ECT Dijalankan

ECT dilakukan semasa bius tidur ( general anesthesia ). Doktor Psikiatri akan meletakkan elektrod pada kepala pesakit. Manakala Doktor Bius akan memberikan ubat bius dan muscle relaxant.



Bila pesakit dah tidur, doktor psikiatri akan menekan butang pada mesin dan caj elektrik akan diberikan kepada pesakit dalam beberapa saat.



Pesakit akan mengalami sawan, biasanya dalam tempoh 30 saat. Selepas itu pesakit akan dikejutkan.
Pesakit bangun dan berehat sekejap di bilik pemulihan sementara. Bila kesan bius sudah hilang, pesakit akan dibawa pulang ke wad.


Biasanya untuk pesakit di wad, ECT dilakukan 3 kali seminggu. Jika pesakit dari rumah secara daycare, ia biasanya dilakukan secara berselang 2 minggu atau setiap 1 bulan. Pesakit daycare biasanya sudah sihat tetapi mudah sakit semula jika tidak diberikan rawatan maintenance ECT.










✱kredit khalilnabhan md@khalilpsych


Comments

Popular Posts