PENYAKIT MENTAL

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Mengenai 

PENYAKIT MENTAL


Penyakit mental boleh melibatkan sesiapa sahaja. Kita perlu memahami apa itu penyakit mental.

Penyakit mental adalah:
  • Sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku.
  • Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan harian. 
Punca penyakit mental:

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan penyakit mental, seperti ;
  • Baka
  • Biokimia
  • Persekitaran

                    Penyakit Mental Boleh Bersifat Sementara
  • Ia boleh datang dan pergi dalam kehidupan seseorang. 
  • Sesetengah individu boleh alami sakit mental hanya sekali dan sembuh sepenuhnya.
  • Sesetengah individu lain ia boleh berulang dan memerlukan rawatan berterusan.
Terdapat Rawatan Berkesan Untuk Penyakit Mental
  • Penyakit mental boleh dirawat secara berkesan dengan rawatan yang komprehensif dan sistematik.

Kenyataan Salah Mengenai Penyakit Mental
Pesakit-pesakit mental menderita daripada gejala-gejala penyakit dan tidak mampu berfungsi secara normal (selamanya)








kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM/2009/200,000.
                 www.myhealth.gov.my 
                 www.infosihat.gov.my


Comments

Popular Posts